Wednesday, December 19, 2012

Dimana Ada Garam Disitu Adanya Gula :)

Assalammualaikum buat pembaca ,Alhamdulillah akhirnya dapat jugak ana menulis sebuah coretan pada malam ni, Berbunga-bunga hati ana ni..walaupun sudah agak lewat dan emak menyuruh ana tidur awal tapi entah kenapa ana rasa nak meluahkan sesuatu idea yg bermain di fikiran di blog ana yang tak seberapa ni :) Mungkin benar seperti kata Thomas edison "Manusia tidak dapat lari dan bersembunyi daripada fikirannya sendiri" ..

Dunia ni diciptakan dengan serba indah atau mungkin Sangat Indah. Setiap antara kita melihat dunia ini sesuai dengan apa yg ada didalam jiwa mahupun minda kita, jika amal kita soleh ,fikiran kita bersih maka kita kan melihat dunia ini dengan keindahan betul tak ? Hmm tapi kan perasan tak tak kenapa setiap kali manusia ditimpa musibah adakalanya mereka terus lupa akan keindahan yang dijanjikan oleh Sang Pencipta? Dan Adakalanya disaat mereka diberi musibah yang berat mereka merasakan bahawa mereka telah kehilangan sesuatu tanpa gantian dan akhirnya mereka mudah berputus-asa akan takdirNya.

Justeru itu kita sebagai manusia dan sebagai Hamba-Nya perlu ingat dan yakin disaat ALLAH SWT mengambil sesuatu yang paling kita sayang yg paling kita suka ketahuilah DIA tidak mungkin mengambil sesuatu daripada kita melainkan MENGGANTIKAN dengan yg lebih baik. Seperti yang dikhabarkan oleh Rasullullah S.a.w dalam Hadis riwayat Al-Bukhari daripada Anas bin malik iaitu "Barang siapa yg Aku butakan kedua matanya, lalu ia bersabar,Nescaya Aku gantikan dengan Syurga

Oleh itu,kita perlu sentiasa ingat dan motivate diri kita  bahawa kadang-kadang disebalik kesedihan itu adanya kebaikan adanya secebis harapan adanya jalan keluar dan adanya ganjaran pahala yg kdg2 mungkin kita sendiri tak pernah bayangkan kerana kita terlalu risau dan berfikiran negatif tatkala kita diuji dengan musibah dan kesedihan. INGAT ! orang yang bijak akan menukar musibah itu kepada satu peluang atau harapan yg jelas manakala orang yg selalu memikirkan perkara negatif akan menukar musibah itu kepada yg lebih masalah. Dan orang yg berjaya menjadikan musibah itu sebagai batu loncatan untuk maju kedepan dengan menukar kepada satu peluang yang baru itu amat amat menakjubkan :) 

Ok sbgai contoh, bayangkan lah jika kita diberi beberapa biji buah limau nipis yang sgt masam dan kita bayangkan ia sebagai sebuah kesedihan dan kepedihan yg kita alami, adakah kita hanya merenung buah limau nipis itu saja tnpa melakukan apa2? sedangkan ia mampu menukar kepada sesesuatu yg lebih mengEnakkan. Cuba perah buah limau nipis itu lalu kita masukkan beberapa camca gula, sedikit air lalu masukkan ais ketul..Maka buah limau nipis yg pada mulanya kita kata masam tadi sekarang sudah bertukar menjadi Jus limau nipis yg sangat menyegarkan. Nah ! Jadi percayalah sahabatku bahawa disetiap kesulitan dan kesusahan itu pasti ada kemudahannya dan disetiap kepedihan itu pasti ada ubatnya dan disetiap kesedihan itu pasti ada kebaikan dan jalan keluarnya :) 

Maka disaat apa jua musibah yang melanda diri kita yang menimpa kita, ia telahpun tertulis di Lauhul Mahfuz, ia telahpun ditakdirkan dan INGATLAh apa yg ditakdirkan oleh Sang Pencipta itu pasti..pasti akan terjadi tanpa satu tangan pun dapat menghalangNya. Jadi marilah kita bersama-sama terus menerus berhubung kepada Yang Maha Kuasa, yang mampu mengubah keadaan sebagaimana janjiNya. Akhir kata Yakinlah bahawa ALLAH SWT itu akan menggantikan dengan yg lebih baik dan DIA lebih mengetahui apa yg terbaik buat diri kita berbanding kita . Salam ukhuwah dari ana ..


P/s : ~TERSENYUMLAH ! kerana orang yg murah dengan senyuman adalah orang yang mampu membahagiakan dirinya sendiri :) SMILE EVEN HURT





No comments:

Post a Comment

Leave yours comment if you want ask me anything :) thanks