Thursday, December 13, 2012

Tepuk dada tanya Hati :)


    Assalammualaikum dan salam jumaat buat semua ummati of Allah :) Alhmdulillah telah genap 1 safar 1434 dan kita masih diberi peluang untuk terus melaksanakan perintahNya,semoga harini kita jadi lebih baik dari semalam . insyaallah :) 


Hmm..dipetang ini entah mengapa terdetik hati ana untuk menulis coretan ringkas mengenai apa yang ana fikirkan..   
Kadang-kadang ana terfikir, kita ini sebenarnya Hidup untuk apa? Dan Hidup itu pulak adalah untuk apa ? Cuba kita lihat dan kita tanya diri kita balik apakah kita rasa bahagia dengan hidup kita sekarang? Adakah kita benar-benar ikut aturan hidup seperti yang dikehendaki oleh Sang Pencipta ? Benarkah kita hidup seperti orang hidup yang bertuhan? Hanya kita yg mampu menjawab semua soalan ini. 

Ana ada baca sebuah buku di popular , didalam buku tu ana tertarik dengan satu ayat  ni " Aku Hairan dengan manusia, mereka kata mereka Mencintai ALLAH SWT dan mereka sayang akan agamaNya tapi kenapa mereka melanggar perintah-NYA dan tidak melakukan apa yg disuruh oleh-NYA, Dan mereka kata mereka musuhku dan mereka amat membenciku tapi kenapa mereka mengikut jalanKu.." . Ketika ana membaca ayat-ayat terakhir kata seorang Syaitan ana sebak kerana ana banyak kekurangannya..Maafkan aku Ya Allah kerana aku khilaf selama ini. Aku masih meronta-ronta mencari erti hidupMu yang sebenar :'( 

#pesanan buat diriku dan juga sahabat-sahabatku, Jangan kita terleka dibuai mimpi hidup didunia yang semakin alpa dengan Perintah Sang Pencipta (ALLAH SWT) . Dunia ini sementara pasti akan berakhir melainkan 4 perkara yg dapat kita tinggalkan untuk bekalan kita disana 
 1.Ibadah dan solat kita
 2.Ilmu yang kita sebarkan walaupun kita masih mengamalkannya
 3.Sedekah kita
 4.Doa anak soleh untuk kita

Akhir kata Jom sama-sama kita Renungkan dan bermuhasabah diri ! 



~if u guys wanna ask me a question or share something with me , u can leave it to comment :) 

No comments:

Post a Comment

Leave yours comment if you want ask me anything :) thanks