Tuesday, December 11, 2012

Tuhan Berikan aku C.I.N.T.A


Walau aku senyum bukan berarti 
Aku selalu bahagia dalam hari 
Ada yang tak ada di hati ini 
Di jiwa ini hampa 

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku 
Mungkin akan ada cerita cinta 
Namun ada saja cobaan hidup 
Seakan aku hina 

Tuhan berikanlah aku cinta 
Untuk temaniku dalam sepi 
Tangkap aku dalam terang-Mu 
Biarkanlah aku punya cinta 

Tuhan berikanlah aku cinta 
Aku juga berhak bahagia 
Berikan restu dan halal-Mu 
Tuhan beri aku cinta ......


Entah mengapa lirik lagu "tuhan berikan aku cinta" ini sering kali bermain-main dalam fikiranku kebelakangan ini dan kadang-kadang aku tertanya-tanya bilakah aku akan menjumpai cinta sejatiku? Benarkah ada insan yg akan setia mencintai diriku apa adanya? sehingga kan kadang-kadang aku sendiri binggung dengan diriku. 
Bukan tidak pernah diintai oleh Sang Kumbang...tetapi aku takut untuk terus membiarkan sang kumbang untuk terus mendekati ku tanpa ada satu pun ikatan yg sah. .

Bahkan hati ini pernah sekali tercuit dengan perasaan itu, tidak seperti selalu yang bermati-matian untuk aku mempertahankannya. Tetapi kali ini, aku rasa perasaan itu sudah semakin menebal..Dalam fikiranku, adakah aku telah JATUH CINTA?? Tidak mungkin! Jadi aku bisikkan kedalam hatiku bahawa perasaan itu mungkin hanya singgah dek kerana merasa kosong, sunyi dan sungguh tidak aku nafikan kadang-kadang timbul perasaan cemburu dlm hatiku melihat orang-orang disekelilingku sudah mempunyai pasangan kekasih di usia yang masih muda.. Tersenyum aku tatkala memikirkan kata-kata seorang kenalan lelaki yg aku kenal semasa aku bekerja Part time disebuah supermarket . Dia mengatakan bahawa aku ini seorang yang lurus bendul.."Kau ni Permata dah ada depan mata kau tak nampak" itulah kata-kata yg keluar dari mulutnya dengan muka yg penuh serius. Sebenarnya aku juga sudah perasan akan hal tersebut tetapi aku biarkan . Aku tidak mahu dirinya dibuai perasaan yang aku sendiri tidak relakan.. YA! aku juga manusia..manusia seperti mereka ,punya perasaan..ingin disayangi dan dicintai..itu memang sudah menjadi fitrah sebagai manusia, tapi bagiku biarkan lah aku melunaskan tanggungjawabku sebagai seorang pelajar dan seorang anak yg mmpunyai  tanggungjwb yg lebih dari itu. 

C.I.N.T.A? Aku percaya dan terus akan percaya, bahwa setiap yg berlaku dibumi ini adalah ketentuan-NYA. begitu juga dengan jodoh. Jadi aku pasti suatu hari nanti pasti aku akan menjumpai seorang insan dan menjadi tulang rusuk untuk dirinya. Aku masih muda, biarkanlah aku menghabiskan masa-masa ku dengan mendekatkan diriku kepada Sang Penciptaku. Kerana diriku ini masih lagi jahil akan agamanya..biarlah aku perkukuhkan diriku agar dapat menjadi isteri yang solehah buat bakal suamiku kelak :) Bertemu dengan banyak orang membuatkan aku semakin sedar bhawa sebenarnya cinta yang  seutuhnya diperlukan oleh jiwa dan hati ini ialah Cinta kepada Sang Pencipta iaitu ALLAH SWT :') Cinta yang tak akan pernah layu dan pudar..Cinta yang tidak pernah mengecewakan hati ini apa lagi merugikan...Cinta kepada-Nya membuatkan kita semakin mengenali apa erti hidup, apa itu erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya bahkan mampu meningkatkan darjat kita sebagai hamba-Nya 


P/s : Pesanan untuk diri dan sahabat-sahabatku di luar sana, jangan kita mengejar cinta manusia selagi cinta kepada Allah belum terlaksana dengan sebaiknya :) 

No comments:

Post a Comment

Leave yours comment if you want ask me anything :) thanks