Wednesday, June 05, 2013

Alhmdulillah :')


Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.. salam iman, salam islam dan jiwa kepada sahabat-sahabat :) semoga anda semua sentiasa dilemparkan sebuah kebahagian dan keberkatan dari Allah S.W.T . insyaallah.. 

Sebelum melontarkan apa yang berlegar di fikiran pada waktu terbenamnya matahari yg aku jangkakan kaum2 muslimin sdg bersiap sedia untuk menunaikan solat fardhu mghrib sebentar lagi dan hamba Allah yg seorang ini pula masih lagi dengan semangatnya yg berkorbar-kobar untuk berkongsi sebuah catatan idea yg insyaallah diharapkan dapat sama2 kita jadikan ia sebuah renungan pada hari ini. Tapi sebelum tu ayuh ucapkan ALHMDULILLAH ! sebagai tanda syukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa, masih lagi diberi nikmat2 yg cukup cukup berharga buat kita semua..

Alhamdulillah :)

 "Sebenarnya kesusahan yang datang dalam hidup adalah tanda doa kita dijawab. Jadi kita lebih berdaya tahan, lebih kuat, dan lebih dekat kepada Allah. Tetapi kita telah tersalah untuk melihat masalah atau tekanan yang sebagai satu perkara menghancurkan dan kemusnahan diri kita ..

Ramai orang mula kembali kepada Allah apabila mereka sendiri menghidap sakit, kesusahan, dan apabila diuji dengan pelbagai bentuk dugaan.

Kita tidak diberitahu untuk meminta atau berdoa untuk meminta masalah tetapi ada masalah di sebalik nikmat yang besar..."   
  
    kata-kata ini aku petik dari seorang ustaz ebit Lew yg aku rasakan apa yg dibicarakan oleh uztaz berbangsa cina ini adalah sesuatu yg mungkin tidak dapat kita nafikan. Ramai antara kita bahkan aku sendiri pada satu ketika dahulu hanya dekat dgn Allah disaat aku dalam kesusahan semata-mata.. YA Allah betapa jahilnya aku dulu hingga kadang2 aku terfikir kembali kemanakah sifat rasa bersyukurku pada Allah yg sama sekali tidak pernah menarik nikmat-nikmat yg diberikan apatah lagi menyoal berapa banyak kebahagiaan yg dikurniakan kepada setiap hmbanYA. YA ! cuma kita, cuma kita sebagai hambanya yg begitu sombong, angkuh untuk menadah tangan bagi memanjatkan kesyukuran kepadaNya,untuk  mendonggak kepala ke langit untuk bersyukur dengan rezeki , nikmat dan kebesaran yg dikurniaanNya..masyaAllah..begitu banyak nikmat yg engkau berikan kepadaku Ya Alllah, sungguh tidak mampu aku untuk menghitung nikmat2 yg kau kurniakan kpdku selama aku hidup pada harini..sedangkan aku ? terlalu sedikit pengabdiaanku terhadapMu :'( Ampunillah dosa-dosa hamba-hamba Mu yg serba kekurangan ini Ya Allah..jadikan lah kami orang-orang yg sentiasa bersyukur dgn setiap masa, ruang2 udara yg kami hirup, nikmat2 Mu yg tiada tolak bandingnya..serta segala kebahagiaan dan kesedihan yg kau berikan untuk kami menjadi manusia yg semakin matang dalam mengerti erti kehidupan ini Ya Allah ....


Firman ALLAH yang bermaksud:"Dan DIA telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu pohonkan kepada-NYA. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tiadalah dapat kamu hitungkan. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah" ( Ibrahim: 34 )


 Video temu bual bersama Ustaz Ebit Lew . take a look guys :)
-Penceritaan perubahan uztaz mengenai perubahan ke arah kehidupan islam-


No comments:

Post a Comment

Leave yours comment if you want ask me anything :) thanks