Saturday, June 08, 2013

Believe in Qada and Qadar


Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..salam iman, salam islam dan jiwa buat saudara muslim ku sekalian. Moga anda sentiasa dalam keberkatanNya :) insyaallah. Alhmdulillah masih lagi diberi sebuah kesempatan bagi menulis  ringkasan ukiran kata untuk dipersembahkan buat pembaca setia blog ana ..

Bila kita bercakap mengenai kepercayaan pada qada dan qadar, adakah kita sebagai seorang manusia sekaligus merangkap hambaNya percaya akan qada dan Qadar itu sendiri? Jika Ya. Alhmdulillah.
Aku teringat lagi akan kata-kata salah seorang sahabat baik ku, katanya "kadang-kadang dalam hidup ini kita tak boleh memilih" , Ya. kekadang kita sebagai manusia tak suka apabila segala kehendak kita yang kita amat-amat inginkan dlm kehidupan ini tak dipenuhi bukan? Padahal sedang kita tahu bahawa bukan semua yg kita inginkan akan kita miliki. Apabila aku berfikir dan terus berfikir mengapa dan mengapa. akhirnya aku menemui jawapan . kenapa perlunya ada konsep sebegini. ya Konsep percaya pada qada dan qadar. Cuba sesekali kita mengambil satu masa untuk merenung apa yg berlaku disekeliling kita atau cukup sekadar ruang lingkup akal kita untuk berfikir. Saudaraku, adakah kita lahir ke dunia ini dengan adanya PILIHAN? jawapannya kita lahir ke dunia ini TANPA PILIHAN. sama ada kita dilahirkan sebagai seorang lelaki ataupun perempuan, berkulit gelap atau cerah, tinggi atau pendek bahkan berbangsa apa. Begitu juga halnya dengan rezeki dan jodoh. dua hal yang sesungguhnya bukan urusan kita untuk membuat pilihan. Kita sebagai hambaNya hanya mampu menduga dan berikhtiar, tapi Allah jua lah yang menentukannya :)


So as conclusion, kukuhkan keimanan kita saat ujian mendatangi kita .Terus Yakin bahawa ketetapan Allah itu sedang berlansung , moga kita sebagai hambaNya akan sentiasa menjadi penerima yg baik dengan penuh sangka baik terhadap-Nya . Insyaallah. Dan diharapkan segala apa yg pahit yg berlaku dalam kehidupan kita pada hari ini akan memperkuatkan keyakinan kita bahawa sesungguhnya Allah sangat sangat sayang kepada kita dengan menguji kita melalui ujianNya :') insyaallah. disinilah bermulanya peranan kita dlm konsep percaya pada Qada dan Qadar ^^


P/s : Moga diriku sentiasa menerima dengan apa yg sahaja yg berlaku dlm kehidupanku walaupun aku terlalu menginginkan hal tersebut sekalipun. ALLAH know THE BEST :) 

No comments:

Post a Comment

Leave yours comment if you want ask me anything :) thanks