Wednesday, June 05, 2013

Ketika Cinta Manusia datang Menyapa



Alhmdulillahirabbil'alamin....kalimat yang cukup cukup indah bagi diriku sebagai seorang hambaNya  untuk mengucapkan tanda syukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menulis sebuah catatan pada malam yg penuh bermakna bagiku..


"Adakah anda yakin dengan Cinta Manusia?" itulah pertanyaan seorang hamba Allah kepadaku .. dari pertanyaan ini maka bermula lah hujah-hujah yang dilontarkan bagi mendiskusikan idea dan pendapat mengenai definisi cinta+manusia .. yang aku rasakan cukup cukup luas untuk didefinisikan erti cinta itu sendiri.
Kalau matang itu bersifat subjektif dan cantik itu  subjektif , begitu juga kurasakan bahawa cinta itu sesuatu yg juga subjektif. ya sesuatu yg subjektif, yg mana ia mempunyai pandangan dari sudut yg berbeza-beza. Mungkin dari sudut pandangan islam itu sendiri "Cinta" dipandang sebagai sesuatu yg biasa dan sederhana dan kalau ditanya kepada para ulama sendiri cinta itu adalah fitrah. Fitrah kita sebagai manusia untuk dicintai dan mencintai bukan ? nah begitu juga aku sebagai seorang wanita yg ingin mencintai dan dicintai oleh sesorang yg bukan bergelar kekasih tetapi seorang yg bergelar iman kpdku kelak.( insyaallah dengan izinNya).

 Sebagai mana yg kita tahu manusia diciptakan dengan cukup sempurna dan dlm sifat yg kita sbgai makhluk yg sempurna tadi, Allah dgn keajaibanNya menghadiahkan kita  satu ruang hati yg dapat merasakan saat-saat kebahagian dan kesedihan dimana hati kita ini terkadang mendorong mata untuk menangis dan bibir untuk tersenyum. ya ! di hati ini juga lah kita merasai satu perasaan cinta yg turut hadir mengisi ruang hati ini , dan dengan perasaan inilah kita merasakan nikmat cinta itu sendiri. Cinta? satu perkataan yg aku sendiri tercari makna sebenarnya erti cinta itu sendiri. seolah-olah seperti satu pertanyaan yg menjadi tanda tanya buat diriku. apakah aku sendiri benar-benar memahami cinta ? Bila mana harus aku mencintai? dan bila pula ku harus menjadi sesorang untuk dicintai ? apakah lambaian pertanyaan-pertanyaan ku ini turut menjadi sebuah persoalan tanpa jawapan kepada gadis selain diriku?  Moga fahaman kita keatas erti cinta itu sendiri adalah tepat. Gunakan akal kita ini dgn sebaik-baiknya dalam menempatkan nafsu di dalam cinta dan berfikir dan terus berfikir merenungi perasaan di dalam dada berdasarkan akal yg sihat bukan berfikir berdasarkan hawa nafsu semata-mata , kerana disitulah fahaman cinta kita bermula ^^ 


-Ketika Cinta Manusia datang menyapamu Ucapkanlah ALHMDULILLAH-


Lagu ini ditujukan kembali kepada seorang hamba Allah yg sedang berjuang mencari KeredhaanNya
moga dirimu sentiasa dalam istiqamah untuk memperjuangkan Islam .Insyaallah. 
P/s : Moga kita sentiasa dekat dengan Cinta Ilahi bukan sekadar mendapat cinta manusia semata-mata :')

No comments:

Post a Comment

Leave yours comment if you want ask me anything :) thanks