Sunday, June 02, 2013

Surat Layang Buat Bakal Pemilik Tulang Rusuk ku :')


Bismillahirohmanirahim....
Bila kita bercakap pasal jodoh ni pasti antara kita yg terbayang2 wajah lelaki idaman kita bukan? mungkin juga aku begitu...masih tertanya-tanya siapakah dia pemilik tulang rusukku? jawapan yang aku kira terlalu misteri untuk dirungkaikan..kerana itu semua adalah Rahsia Allah. Siapalah aku untuk membuka rahsianya apatah lagi untuk memilih. Aku juga bukan manusia yg serba sempurna, diriku ini penuh dengan kekurangan hingga kadang2 aku tidak nampak kelebihan diriku dan sesungguhnya DIA pula Maha Sempurna sifatNya ..jadi biarlah Allah yg memilih siapa yg terbaik untuk diriku..walaupun aku sendiri masih merancang dan merancang..Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah yg terbaik buat kita. Allah Maha mengetahui segala apa yg baik buat setiap hambaNYA :') kadang2 kita rasakan perancangan kita ini adalah yg terbaik buat diri kita tetapi rupanya Allah mempunyai rancangan yg jauh lebih cantik bahkan jauh lebih baik dari apa yg kita bayangkan. Mana mungkin Allah merancangkan sesuatu yg buruk buat hambaNYa bukan? jadi Teruskan berdoa agar rancangan kita seiring dengan rancanganNya , Insyaallah..


kalau kita bersoal tentang pilihan wanita itu sendiri bagaimana, aku yakin kebanyakkan wanita lebih memandang kepada keperibadian seseorang jejaka itu bukan mengejar kesempurnaan fizikal dan rupa paras semata-mata, kerana wanita ini memerlukan pelindung bagi dirinya..kalau badan tough sehebat mana pun kalau tak dpt menjadi pelindung bagi perempuan tak guna jugak kan ? so bagi pendapat diriku sendiri wanita itu lebih menilai lelaki melalui keperibadiannya dan aku juga sama seperti wanita2 di luar sana yg menginginkan seorang lelaki yg mempunyai pengangan agama yg kukuh untuk membimbing aku  (bukan ustaz semata-mata) ,seorang yg bertanggungjawab, tegas orangya dan sentiasa memperbetulkan kesilapan aku disaat aku terleka atau terbuai dan yg paling penting dia seorang yg menghormati wanita. kerana kalau dia seorang yg menghormati wanita sudah pasti dia seorg yg menghormati ibunya. Aku berharap doa2 ku selama ini diperkenankan oleh Allah moga Allah menyediakan aku jodoh dari kalangan org yg soleh untuk membimbing aku bukan semata-mata untuk membawaku bersamanya kesyurga tapi untuk bersama2 menuju keredhaanNya. Amin ! 


Jadi buat pemilik tulang rusuk ku yang akan menjadi bakal iman aku kelak , surat layang ini khas aku tulis buat dirimu :') Moga kita akan bersatu dengan cara yang paling indah iaitu melalui PERKHAWINAN :) andai kita tidak disatukan di dunia ini , izinkan aku untuk bertemu dirimu di Syurga nan indah..

Jika benar kau pilih aku sebagai Pemaisuri di hatimu, pimpinlah aku menuju RedhaNYa, 
bukan membuka jalan untukku melangkah ke Neraka..
aku mohon jangan biarkan aku terus hanyut dibuai percintaan..

Kalau benar kau pilih aku, pandanglah aku dengan kekuranganku yg mengunung ini,
kerana sesungguhnya kelebihan diriku hanya secebis sepirhan kaca..
dan aku mahu kau lihat kembali niatmu, Adakah kau sanggup menghadapi segala kelemahan diriku ?

Jika Benar kau memang pilih aku, aku mohon agar kita sama-sama sandarkan niat ini
kepada yg menentukan agar kita mampu menemukan insan yg benar2 tepat buat diri kita
bukan hanya sekadar menjadi bahan ujian cinta sementara kerana hatiku cuma satu sesungguhnya..

Dan.....
ketahuilah wahai pemilik tulang rusuk ku bahawa aku tidak harap
pada kemewahan dunia apatahlah hartamu..aku cuma pinta satu
hmmm..jadikan aku suri yang boleh dapat bersamamu di istana syurgawi di akhirat sana..
Berikan aku jaminan untuk terus bersamu lagi sesudah kematian menjemput kita dalam RedhaNya :')

Akhir sekali, aku mahu kau tahu..Jika Allah menginzinkan aku untuk memilih dirimu,
aku harap kau tahu bahawa aku memilihmu keranNya kerana pegangan agamaNya yang ada padamu
dan di saat itu juga aku berharap ketika aku tahu sebab mengapa kau memilih diriku
dan waktu itu jawapan yg keluar dari mulutmu ialah
"Kau Memilih Aku Kerana DIA...."

- Yang benar, bakal Makmum mu -






No comments:

Post a Comment

Leave yours comment if you want ask me anything :) thanks