Wednesday, February 26, 2014

LELAKI LEMBUT VS LELAKI???


Pada waktu ketika berada di foodcourt, lamunan aku terhenti..seketika aku merenung ke penghujung meja di depan sana, melihat tawaan sekumpulan lelaki yang lembut sifatnya…berpakaian uniform kerja..
Pada zahirnya, ya mereka seorang lelaki…berstatus seorang pemimpin kepada sebuah negara, keluarga  dan ketua pembimbing agama … namun pandangan umum masyarakat terhadap golongan seperti mereka seolah-olah serba tidak kena…serong dipandang…umpama mereka pinta sebegitu. Bukan semua…bukan semua dari mereka ..ya di pandangan mata masyarakat mereka umpama “tiada kejantanannya” sebagai seorang lelaki..
Namun jauh disudut pemikiranku saat aku melihat mereka…pandangan aku mengatakan hal dalam dimensi yang berbeza..bukan bangga dengan perilaku mereka namun ku lihat sifat kelakian mereka itu terserlah jika dilihat dengan teliti..disudut yang berbeza. Benar mereka lembut…namun mereka ini melakukan pekerjaan seperti seorang lelaki malah lebih dari lelaki yang kononnya petah kejantanannya…
                Ironinya pada harini…pada zaman ini..anak-anak lelaki sudah dimanjakan..mereka tidak diajar untuk menjadi “SEORANG LELAKI” dengan kejantanan yang sebenar.. mengapa diriku mengatakan mereka sudah “dimanjakan”?? mungkin jua kerana layanan ibu bapa yang diberikan…membesarkan anak-anak mereka sedemikian rupa..dilatih menjadi yang hanya tahu makan apabila diberi makan, yang hanya tahu meminta bukan memberi, yang tahu senang tanpa tahu erti susah..kerana ibu bapa mereka tidak membebani segelintir daripada anak mereka ini… dimanjakan tidak disusahkan…atas paksi kemiskinan yang telah dilalui oleh ibu bapa mereka dahulu..membuatkan segelintir ibu bapa tidak mahu anak-anak mereka mengenali “erti” susah yang sebenar walau sedikit ..
                Ya, masih ada lagi di antara mereka yang bekerja sebagai petani, nelayan, buruh…bahkan masih ada yg menolong ibu bapa mereka di kedai, gerai …namun sejauh mana angka mereka ini jika nak dilihat kepada statistik kaum lelaki yang masih lagi menganggur..dengan alasan yang pelbagai rasa seperti gula dan garam..yang pada faktanya…adalah berpaksikan KEMALASAN dan DEMAND yang begitu tinggi bagi golongan-golongan yang berpelajaran…sehingga  KAUM LELAKI dari negara lain mula bijak mengatur strategi mencari rezeki di BUMI Malaysia…berlandaskan kepayahan, kesungguhan dan kesabaran mereka bagi mencari rezeki sesuap nasi bahkan mungkin LEBIH dari sesuap nasi???… JADI PERLUKAH KITA MENYALAHKAN GOLONGAN INI YANG PADA DASARNYA PEMIKIRAN MEREKA INI JAUH LEBIH MAJU KE DEPAN DARIPADA ANAK BANGSA KITA?? Sedangkan kita….kita yang SEGAN, MALAS mencari Peluang yang terbuka luas…lalu menyalahkan nasib dan orang2 yang lebih pandai mencari peluang daripada kita….

TIADA GUNA JIKA DIRENUNG
ANDAI DIRI TIDAK BERTINDAK
JANGAN ASYIK MERENUNG
KELAK2  REZEKI YANG NAK MASUK PUN TAKDAK…

                                                                                             
(CATATAN PENA : KHADIJAH AHAD)

No comments:

Post a Comment

Leave yours comment if you want ask me anything :) thanks