Wednesday, February 26, 2014

LIFE too Hard? be like Butterfly


Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat sahabat2 dan pembaca setia..semoga anda sentiasa berada dalam rahmat-Nya..
Alhamdulillah sudah selesai tiga penggal peperiksaan STPM yang saya dan rakan2 seperjuangan telah lalui sebelum kami bergelar bakal mahasiswi dan mahasiswa..insyaallah..
Pelbagai onak dan duri..masam dan manis..pengalaman dan cabaran sepanjang menjadi seorang pelajar, seorang anak dan pastinya sebagai seorang khalifah yang terpilih untuk menjalani kehidupan yang berseni di muka bumi ciptaan-Nya ini…
Sungguh sepanjang perjalanan kehidupan ini, saya pasti kita semua telah melalui satu tahap yang dikenali sebagai “CABARAN KEHIDUPAN” atau lebih tepat ujian hidup..
YA..Ujian Hidup..yang semua manusia pasti akan menempuhnya…menjalani dengan perpaksikan kekuatan, kesabaran dan keyakinan yang teguh kepada-Nya …
Sesekali, teringat pula waktu dulu..di satu tahap di mana pemikiran saya amat jahiliah dan cetek ilmu pengetahuan bahkan ilmu agama..dimana munculnya satu soalan yang tercetus di mandala fikiran seorang remaja yg ketika itu dilanda kesusahan dan kesedihan yg amat sangat. “MENGAPA KITA PERLU MELALUI KESUSAHAN DI DALAM KEHIDUPAN?? BUKANKAH TUHAN ITU MAHA BERKUASA YG MAMPU MEMBUAT HIDUP MANUSIA MENJADI SENANG DAN SEJAHTERA? KENAPA PERLU DIUJI??””……itu lah soalan yg ditanya kepada diri sendiri waktu itu…soalan yang mampu memecah tembok2 DHA untuk ber”Connection memikirkan KENAPA ??..dan saya yakin…bukan hanya saya yg pernah bertanyakan soalan itu pada diri sendiri…bahkan mungkin ramai di antara kita yg suatu ketika pada saat kita rasa sedih dan lemah…lalu kita bertanyakan KENAPA?? DAN KENAPA??...
Jadi…saya akan berkongsi dengan sahabat2 yang dirahmati Allah…Insyaallah tentang suatu PROSES KEJADIAN SEMULAJADI RAMA-RAMA yang mampu membuat “Pemikiran kita Terbuka Seketika”…
Jika dilihat untuk proses seekor rama-rama untuk menjadi rama-rama..ianya perlu menjadi seekor ulat bulu…dan kemudian melalui proses kepompong lalu setelah itu barulah ia menjadi seekor Rama-rama yang Cantik dan dikagumi…NAMUN, bagaimana seekor ulat bulu yang dipandang “sebagai sesuatu yg mengelikan” lalu mampu menjadi seekor rama-rama yang “Molek” dipandang..sehingga menjadi perhatian buat setiap yang memandang kecantikannya..??? adakah mudah?? Seperti yang kita lihat??? TIDAK SAMA SEKALI…
Ketika seekor ulat bulu telah sampai tempohnya..ia kan berada di dalam kepompong untuk bertukar menjadi seekor rama-rama..dan sebelum ia menjadi rama-rama..ia terpaksa bersusah payah..bergelut, berjuang dan berusaha gigih untuk keluar dari kepompong itu. Bila ia bergelut dan menolak kepompong itu dari dalam..berusaha mengoyaknya, maka kepaknya akan menjadi bertambah kuat dan matang dan akhirnya akan menjadi cukup kuat untuk mengoyakkan kepompong itu. Lalu sayapnya akan cukup kuat untuk terus TERBANG BEBAS! Subhanaallah…betapa hebatnya ciptaan ALLAH…
Namun, sahabat2 sekalian, seandainya kita mengambil kepompong tadi lalu menolong rama-rama tadi dengan menguting dan mengoyak kepompongnya…maka anda akan melihat seekor serangga dan bukannya RAMA-RAMA YG CANTIk.. Sememangnya ALLAH telah menciptakan rama-rama tadi perlu bersusah payah dan berusaha gigih untuk memecahkan kepompongnya sendiri tanpa bantuan orang lain..Jadi Adakah ini suatu kisah tentang seekor rama-rama? TIDAK…BUKA MINDA ANDA..Kehidupan kita ini sama seperti rama-rama tadi…Cuma dalam versi yang berbeza.. Sungguh ALLAH ITU MAHA BIJAKSANA.. DIA menjadikan semua benda di alam ini sebagai guru-guru buat kita…bukan sekadar melihat…tapi HAYATI dan NIKMATI apa HIKMAHNYA..
Jika kita membuka minda dan melihat ayat-ayat ALLAH dalam Qalam-NYA iaitu Al-Quran yang merupakan NIKMAT dan RAHMAT terbesarnya kepada setiap hambaNya..nescaya kita akan nampak betapa banyaknya mesej-mesej dan pengajaran yang cuba diceritakan dan disampaikan oleh ALLAH kepada kita sebagai pedoman hidup. Justeru itu..AL-QURAN itu bukan sekadar untuk dibaca tapi memahami…nescaya itu lah yang sebenar-benarnya dan sebaik-baiknya…..

 Sebagai penutup dari kisah rama2 ini, saya ingin simpulkan...bahawa kesusahan itu perlu...diikuti dengan sebuah usaha, kesabaran dan keyakinan...Yakin bahawa dipenguhujungnya kita akan merasakan sesuatu nikmat yang kita akan rasa puas menikmatinya...dan yang kekal dipenghujungnya itu adalah SYURGAWi...
Firman Allah : "Barang siapa yang Aku butakan matanya lalu ia bersabar, maka AKu berikan balasan kepadanya sebuah tempat diSyurga...."    (Hadis Riwayat Bukhari)

SEMOGA ANDA MENDAPAT MANFAAT DAN HIKMAH DARI PROSES SEMULA JADI SEEKOR RAMA-RAMA ~~~

“When you think life is too hard handle and and you want to quit, REMEMBER !....

Just when caterpillar thinks it’s world is over, it become a BUTTERFLY…”

No comments:

Post a Comment

Leave yours comment if you want ask me anything :) thanks