Friday, February 28, 2014

SIAPA YANG LEBIH UTAMA?


Assalammualaikum warahmatuhallahi wabarakatuh…buat sahabat dan para pembaca setia..
Moga anda sentiasa dalam keadaan sihat dan dilimpahi rahmatnya…insyaallah

Harini saya nak menulis tentang SIAPA YANG LEBIH UTAMA??? AYAH atau IBU??
Pertanyaan itu pernah ditanya banyak orang kepada saya semasa saya di tadika..dan sehingga sekarang juga ada yang pernah tanya saya.. ”agak-agak kamu siapa hero? Ayah atau ibu?”..
Waktu remaja sehingga sekarang prinsip saya masih sama…saya mengatakan bahawa IBU adalah yang utama…dan ayah adalah Heronya…tapi apabila pilihan yang diberi cuma satu iaitu AYAH atau IBU? Hmm…susahnya rasa…nak difikir..dan nak bagi jawapan buat yang tanya…
Dan jika saya tanya kepada para pembaca sekalian  “YANG MANA MENURUT ANDA JUARA , IBU atau AYAH??”…tett….masa sudah tamat…dan jawapan ada?? Mungkin ada yang cakap IBU LAH JUARANYA ! dan mungkin ada yang mengatakan AYAH LAH JUARA!... Sebab??? IBU lah yang mengandungkan kita selama 9bulan 9 hari..dan dia lah insan yang melahirkan kita kedunia…andai sang AYAH pula…ayah lah yang bersusah payah membesarkan kita..pergi keja..berkerja kuat demi memberi kita makan, pendidikan..bahkan segala keperluan dan kehendak kita… Ya mungkin itu adalah respons anda,..dan mungkin juga respons saya jika saya diajukan soalan yang sama..

Jadi…jom kita teroka dan kita sama-sama menilai…SIAPAKAH SANG JUARA dan SIAPA YANG LEBIH UTAMA……….

Daripada Abu Hurairah r.a , ada seorang sahabat datang bertanya kepada Rasullullah SAW dan berkata ..

“Wahai Rasulullah..siapakah di antara seluruh manusia layak saya hormati dan menjadi sahabatku? Lalu baginda menjawab “Ibumu”. Lelaki itu bertanya lagi, “kemudian siapa?” dan
baginda menjawab “ibumu”. Lelaki itu bertanya lagi “kemudian?”. Baginda menjawab “Ibumu”. Lelaki itu bertanya lagi “kemudian?”. Baginda menjawab “bapamu”
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Jika dilihat dalam hadis ini, Rasulullah telah menyebut nama IBU sebanyak 3 Kali dan kemudian barulah BAPA… namun, jika diteliti semula ia bukan bermakna Rasulullah cuba memisahkan siapa yang lebih penting dan wajar dihormati..namun dalam hadis ini Rasulullah cuba menegaskan bahawa IBU itu wajar diutamakan dan merupakan orang yang harus dihormati.. dan Mengutamakan oleh Rasulullah tidak mengasingkan, Cuma memberitahu kita bahawa ibu perlu didahulukan. Dan didahulukan bukan bermakna memisahkan …
Kerana disebalik ibu kita, ada seorang lelaki yang sentiasa bersamanya dan sentiasa menghebatkannya…Subhanaallah…

Jadi Kesimpulannya, tanpa ayah dan ibu tiadalah kita…dan tanpa seorang lelaki di sisi ibu kita…maka lemahlah ia..begitu juga dengan seorang lelaki yang memerlukan seorang isteri..teman pendamping selaku ibu kepada anaknya… JADI SIAPAKAH JUARA? IBU ATAU AYAH? Disebalik kekuatan IBU adanya AYAH dan disebalik kejuaraan ayah adanya IBU yang berada disisinya ^^ Jadi dua2lah memerlukan antara satu sama lain untuk bergelar sang JUARA ….

“IBU no satu, dua dan tiga…TAPI Ayah bukan no empat”


~SEMOGA BERMANFAAT BUAT KITA SEMUA~~


(Catatan Pena : Khadijah Ahad)

No comments:

Post a Comment

Leave yours comment if you want ask me anything :) thanks