Dalam hal ini saya sendiri menempuh satu tahap dimana saya memerlukan seseorang disamping saya bukan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi tetapi hanya untuk "didengari".. mendengar apa yang saya rasai, mendengar segala luahan dan rasa kepedihan di dalam hati ini...kerana saya juga seorang manusia..saya tidak mampu untk meletakkan beban2 didalam dada kerana kadang-kadang ia seoalah-seolah sesak seperti dipenuhi batuan-batuan yang saya sendiri tidak dapat ungkapkan betapa sakitnya akan perasaan itu..jadi dengan meluahkannya kepada seseorang yang saya percaya..ia seperti satu batuan yg besar sudah pecah dari terus menyeksa dada, jadi saya pasti bahawa ramai diantara kita yang mengalami hal yang sama.
Jadi alangkah indahnya sekiranya kita mempunyai masa dan sedia untuk meluangkan masa2 kita untuk mnejadi seorang pendengar yang baik.. sebenarnya manusia ini haus..haus untuk didengar yang mana mereka sebenarnya kehausan akan kasih sayang dan cinta..kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita sendiri kadang-kadang tercari-cari akan seseorang yang sudi untuk mendengar untuk diluahkan segala dan semuanya yang kita rasa..kerana manusia memerlukannya sama seperti kita memerlukan makanan..tanpa makanan maka kita akan jadi lemah ,tanpa didengar maka tumpullah perasaan dan emosi kita. Cuba kita fikir sejenak apa yang akan berlakunya sekiranya kita tidak diberikan hak didengar? yang ada hnya rasa marah,kecewa,takut dan perasaan yg kian lama dipendam mampu bertukar menjadi sebuah dendam..jadi pentingnya didengar dalam hidup kita, so pada harini ayuh kita bertekad , bertekad untuk jadi seorang pendengar yang baik. kita ketapkan mulut kita dan kita buka hati kita, kita luaskan teliga kita selebarnya untuk mendengar..jgn risau tidak rugi untuk kita menjadi seorang pendengar yg setia kerana dgn mendengar kita akan byk belajar dalam hidup ini, dengan mendengar kita akan dapati kita akan semakin ramai kawan. Nah ! mungkin kerana itulah Allah ciptakan kita dengan 2 pasang teliga dan satu mulut sebagai simbolik. kerana apa? kerana kita perlu kurang berkata-kata tetapi banyakkan mendengar..
Oleh itu sahabat-sahabatku sekalian, kita tidak perlu untuk bercakap banyak untuk disenangi dan disayanggi, cukup hanya dengan menjadi seorang pendengar yang baik. Lihat pada mata org yang bercakap, buka teliga kita, buka hati kita dan dengarlah dengan penuh keikhlasan...nescaya orang akan jatuh hati dengan kita...dengarlah bisikan orang di sekeliling kita, Insyaallah kita tidak akan terpaksa mendengar jeritan :) JUM SAMA2 KITA RENUNG-RENUNGKAN SEKETIKA DAN SELAMAT MENJADI PENDENGAR YANG BAIK ! ^^
_Salam Ukhuwah dari Saya_
No comments:
Post a Comment
Leave yours comment if you want ask me anything :) thanks