Friday, October 19, 2012

PEOPLE CAN CHANGE :)


I don't want to know everything about ur past, what i want to know  who are u now =)

Seketika aku memikirkan tentang kekaguman aku terhadap kepekaan dan kepantasan sesetengah "individu? atau "masyarakat" yang terlalu menghukum seseorang berdasarkan tanpa bukti2 yang kukuh , sahih dan jitu . Serius secara individu aku masih lagi tidak boleh menerima sesetengah konsep "umum" atau fahaman sesetengah pihak akan kata-kata seperti " SEKALI JAHAT SELAMANYA JAHAT" atau "MASA LALUNYA MENGAMBARKAN SIAPA DIA SEKARANG".. OK cuba kita lihat di sekeliling kita sendiri bagaimana masyarakat kita dlm mengeluarkan kata-kata atau pandangan mereka terhadap individu yg lain ? ok aku bagi contoh katakan lah Anak makcik A yg kawen di usia yg muda dgn seorg lelaki tua dan muncul lah tomahan jiran2 yg bergosip bhwa "kononnya" Anak Makcik A ni kawin awal sebab "buntingkan" anak luar nikah padahal ada kisah yg sebetulnya adalah sebaliknya. Ini sudah cukup membuktikan bhwa jelas masyarakat kita kdg2 berfikiran cetek dan tidak terbuka. Bayangkanlah seorang penagih dadah yg sudah bebas dan berubah kearah kebaiikan tetapi masih lagi dicemuh angkara kesalahannya yg dahulu ? Dan seorang GRO yg ingin berubah tetapi tidak diberi peluang oleh masyarakat kerana "kebijaksanaan" dlm menghukum manusia? Bukan kah kita sendiri boleh dikategorikan sbg masyarakat yg kejam daripada mereka? Bahkan Tuhan sekali pun tidak sekejam kita. Jadi mungkin kita perlu renung seketika tentang nasib2 orang-orang yg sebenarnya memerlukan sokongan kita untuk kearah yg lebih baik dan bukannya menjadi seorang yg terus dimenghukum dek kerana KESILAPAN DAN MASA LALU atau SEJARAH HITAMNYA yg dahulu. Tukar pandangan anda wahai pembaca budiman. Kita dilahirkan dgn kemesraan dan jalinan dan jangan biar suatu hari nanti kita mati dgn cemuhan yang kita sendiri lemparkan :) *Kita adalah siapa kita sekarang dan bagaimana kita berubah untuk masa hadapan, masa lalu hanyalah sebuah *pedoman* untuk masa hadapan :) ini hanya sekadar pandangan .. Salam Ukhuwah sahabat blogger:)

No comments:

Post a Comment

Leave yours comment if you want ask me anything :) thanks