Friday, May 31, 2013

Mengintai sebuah perubahan...



Bismillahirohmanirohim ^^ 
Entah mengapa tanganku kini semakin cepat menjangkau laman sesawang tudung labuh bidang 60 inci setiap kali aku berpeluang untuk merehatkan diriku dengan berOnline..kekadang aku tersenyum sendiri dan berfikir "adakah aku ...sudah terpikat ?" "benarkah apa yg aku fikirkan ini ?'' "mampukah aku ?'' dan paling aku fikirkan...''apa pandangan masyarakat terhadap aku yg masih lagi baru merangkak mencari sinar ilahi ?"..itu lah antara penghalang niatku untuk bertubuh labuh 60 inci..sebenarnya aku sudah terpikat untuk memakai tubung labuh bidang 60..namun niatku itu terpaksa aku tunda buat sementara waktu...yang aku fikirkan kini untuk memperbetulkan diriku terlebih dahulu..walaupun hasratku itu sungguh tinggi namun aku harap aku sentiasa diberi kekuatan untuk terus berhajat berubah menjadi yang lebih baik...insyaallah kalau tak tahun ni mungkin aku akan kuatkan diriku untuk memakainya tahun depan..doakan saya sahabat agar hamba Allah ini sentiasa diberi kekuatan untuk berhadapan dengan setiap ujiannya :") Dalam mencari sebuah kekuatan , aku pun mencari blog2 yang mungkin memberi inspirasi buat insan yang lemah ni..so bertemu lah aku  dengan blog Ustazah Fatimah Syarha .. hah kenal tak ? ustazah yg sgt comel...dah lah comel suami pun..comel jugak..hehe... JUM kita baca sikit artikel yg dipetik dari blog ustazah syarha ..

“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.
Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.

Yang Tertutup Itu Indah
Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”
Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.

  comel macam Ustazah Fatimah Syarha :3

No comments:

Post a Comment

Leave yours comment if you want ask me anything :) thanks