Friday, October 19, 2012

I will wait until that time its come ♥

♥~Jika dirimu jatuh cinta, maka diamkanlah. Ini kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya bukan untukmu, redhailah kerana Allah S.W.T pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untukmu..... ~


~✿ Diamku, bukan kerana membenci kehadirannya tetapi ingin menjaga kesuciannya. Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.

Kita DIAM bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin kita ingin menjadikan ia lebih baik. Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa.

~✿  Ramai yang berkata, jika kita diam, bagaimana si dia hendak tahu tentang perasaan kita?
Ingat, setiap apa yang berlaku di dunia ini, semuanya telah di aturkan oleh Allah S.W.T. Jangan risau jika mereka tidak tahu tentang perasaan kalian, tetapi risaulah andai dirimu tidak berupaya untuk menepis dan mengawal perasaan tersebut terhadap seseorang yang tidak halal bagi dirimu.




Jika benar cinta itu kerana Allah S.W.T, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah S.W.T kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah S.W.T maka ia pun berhilir hanya kepada Allah S.W.T.

Ingat, bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.

Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul-betul sudah bersedia maka kahwinlah.



  Ya Allah...


Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...

Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...

Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah...




Seandainya luka ini berhikmah maka biarkanlah...




P/s : Aku masih menunggu jawapan yang pasti...sekiranya dia lah takdir kau untukku     maka Kau dekatkanlah dia denganku Ya Allah..tetapkan lah iman dan ketakwaan kami kepadamu dan satukanlah jiwa kedua kami sehingga menjadi yg halal bagiMU . Amin amin ya robbana Alamin.. :') 





















1 comment:

  1. ukhtyku,,,izinkan ana mnggunakan bcara ini utk memberikan jwpn kepada insan yg mmerlukan jwpn dri ana

    ReplyDelete

Leave yours comment if you want ask me anything :) thanks