Saturday, November 10, 2012

Try to Change for Better :)


Hanya beberapa bulan saja lagi tahun baru akan menjelma..waktu yang kian berlalu tanpa aku sedar membuat aku berasa takut. Takut sekiranya aku tak sempat untuk menjadi hambanya yg solehah..takut sekiranya aku tidak mampu menjawab soalan-soalan yg akan dikemukakan di hari akhirat kelak :'( sebak hati ini bila aku memikirkan kejahilan aku pada masa lalu..

Jujur aku katakan..aku hanya manusia biasa bahkan cara dan gaya hidupku juga seperti remaja-remaja yang lain yang terlalu mengejar keduniaan semata-mata..namun aku masih lagi menjaga batas-batas pergaulanku,tambahan pula aku bersekolah di sekolah perempuan jadi aku jarang bersosial dengan kaum adam cuma hanya ada beberapa kawan lelaki yang aku kenal dari zaman kanak-kanakku dan melalui laman sosial di internet. 

Sewaktu aku bersekolah di sekolah yang secara puratanya adalah perempuan atau mungkin lebih dikenali sbgai "Convent" , aku diperkenalkan dengan pelbagai budaya dan ragam wanita..bahkan tidak hairan untuk aku katakan yang ada disegelintir mereka yang telah rosak akibat terlalu bersosial dan ada antara mereka yang bergelar "Lesbian" . Tapi Alhamdulillah, Allah masih melindungi aku drpd terjebak dengan perkara2 yang aku tak dapat bygkan bagaimana perasaan ibu bapaku jika aku juga turut sama seperti mereka. 

Pada bulan Mac 2012 , result SPM telah keluar dan alhmdulillah berkat hasil usaha aku, aku mendapat 6A 3B 1C . Walaupun tidak begitu cemerlang seperti rakan-rakan seperjuangan aku yg lain aku masih bersyukur kerana Target aku tercapai. Orang yg pertama aku hubungi ketika memperoleh keputusan adalah Ayahku, orang yg paling memberi kata semangat walaupun ada kalanya membuatkan aku tersentap dan rasa tercabar dgn kata-katanya. Ketika itu ibu dan ayahku ada di luar kerana mempunyai urusan. Ayahku tidak berkata panjang ketika itu hanya sekadar mengucap "taniah" kepadaku. Namun kata-kata itulah yg paling bermakna bagiku kerana itulah perkataan yg aku ingin dengar dari mulutnya. Setelah pulang, ibu memelukku sambil menitiskan air mata bahagia. Dan saat itu tidak tergambar betapa gembiranya aku dapat merasai pelukan bahagia seorang ibu yg tidak memerlukan apa-apa melainkan kejayaan anak-anak yg dilahirkannya. Sejak itu terdetiknya hatiku untuk merasai dan mencipta semula detik2 yg amat bermakna bagiku :)

Setelah keputusan UPU keluar, dengan dukacitanya aku tidak layak. Mungkin bukan rezeki aku disitu. Aku percaya sesungguhnya Allah mempunyai rancangan yang lain untukku. Jadi aku mengambil keputusan untuk memasuki STPM. Aku gagahkan diriku untuk terus berjuang kerana aku percaya Allah itu Maha Adil. Aku percaya jika aku terus berusaha Allah pasti memberi ganjaran yg setimpalnya dgn usahaku.Bahkan aku bersyukur kerana aku tidak layak untuk ke gerbang Universiti pada tahun ini. Entah mengapa aku merasa seperti itu..mungkin aku mula merasakan ada hikmah mengapa aku dimasukkan ke alam STPM. Mungkin kalau aku kesana aku tidak akan dipertemukan dengan insan-insan yg bergelar "SAHABAT" yg banyak mengubah aku dari semasa ke semasa. Bahkan aku merasa seperti hati ku ni sedang bertemu dengan hidayah-Nya melalui kiriman insan-insan yg banyak memberi bimbingan tentang agama kepadaku :') Alhamdulillah ..dan itu juga yg membuatkan aku semakin sedar Allah itu tidak kejam, disaat aku kehilangan seorang sahabat yg manjadi pembakar semangat bagiku..Dia mengirimkan aku dengan insan yg lebih baik:) 



Semakin hari demi hari, aku cuba untuk berubah untuk menjadi yg lebih baik dari sebelumnya. Segala nasihat dan kata-kata semangat sahabat2ku aku jadikan pedoman dan semangat untuk terus berjuang ke agama Allah. Aku mula untuk mendekati-Nya, kerana aku juga seperti hamba-Nya yg lain..menginginkan ketenangan..menginginkan keredhaan hidup dari-Nya. Aku percaya Allah itu Maha Pengampun. Jadi aku cuba mencari ilmu-Nya dengan melanyari alam maya ini dan melalui pertanyaan kpd uztaz melalui lamn sosial yg semakin berkembang canggih dek arus permodenan. Kerana hatiku ini sarat menginginkan jawapan kepada persoalan-persoalan aku selama ini dan akhirnya aku menemui setiap jawapan kepada persoalanku di alam maya ini. Aku kekadang menerjah ke Blog-blog para daie dan para ulama yg amat kental ilmu serta hujah-Nya yg kadang-kadang membuatkan air mata ku ini tidak dapat bergenang di selopok mataku ..dan aku mula sedar yang aku banyak melakukan banyak dosa ! :'( 

Suatu hari tu, aku terbukak satu laman blog mengenai pakaian muslimah..entah mengapa semakin kuat gerak hatiku untuk melakukan perubahan. Aku merasa kecantikan pakaian wanita muslimah itu kian terserlah dihatiku ^^ terdetik juga dihati ini untuk bertudung labuh 60 inci..tapi mungkin bukan terlalu mendadak untuk aku berubah . Bukan kerana malu untuk bertudung labuh..kerana aku malu dan takut kerana diriku masih belum cukup sempurna. Aku takut pandangan manusia ke atas diriku . Tapi aku tegaskan pada diriku ini " bila tiba masanya aku akan bertudungkan tudung labuh yg akan melindungi akhlakku"..Amin :)

Setakat ini sahaja coretanku :) Doakan penulis untuk terus berubah ke arah kebaikkan bagi memantapkan iman dan takwa kepada yang Maha Esa :) Insyaallah biiznillah  ! Salam Ukhuwah dari ana..

ANA LOVE ISLAM






1 comment:

  1. aamiin semoga ukhti temui apa yg ukhti cari..
    kdg2 shabat itu ibarat pawana lembut
    sekdar singgah untuk memberi sebuah ketenangn
    lalu hilang kmbali ke awan..

    ReplyDelete

Leave yours comment if you want ask me anything :) thanks