Friday, February 28, 2014

SOMBONGNYAA KITA....


Ketika berada di sebuah koridor di tingkat dua di sebuah supermarket…diri ini  melihat ke bawah suasana dan gelagat manusia yang lalu lalang di sekitar setelah selesai membeli sebuah buku karya Abu Marwan yg bertajuk “ Merungkai Kebiadaban Bangsa Yahudi”….
Ketika sibuk memerhati..ada  pelbagai gelagat mereka yang membuat diri ini tersenyum…ada pasangan muda sekitar umur belasan tahun..bagaikan si ibu dan anak belangkas yang tak mampu berpisah.. namun disudut pandangan yang lain..satu situasi ini..membuatkan bebola mataku..berfokus kepada satu pusat seketika..
Seperti biasa di setiap supermarket atau di mana-mana sahaja kita akan melihat ada yang mempromosikan barangan-barangan mahupun produk mereka dengan mengunakan khidmat “Sales Girl” atau “Sales boy” bukan menjual wanita mahupun menjual lelaki tetapi SEORANG PENJUAL..yang ditugaskan untuk mengedarkan risalah-risalah mengenai produk mereka…
NAMUN, bicaraku pada harini bukan nak menulis tentang PENJUAL ini… tetapi KITAKITA YANG BEGITU SOMBONG tanpa kita sedar. Jika saya katakan anda lalu di supermarket..lalu anda nampak ada yg sedang mengedar kertas-kertas atau risalah-risalah…dan semasa anda  lalu di hadapan mereka anda BERPURA-PURA bahawa ‘golongan ini” sebagai HALIMUNAN di hadapan anda.. YA ATAU TIDAK???..sudah pasti anda pernah “TER…sombong” dengan mereka…
Atau mungkin kita pernah lihat di hadapan jalan yang kita mahu lalui ada seorang yg sedang pegang tabung Derma kebajikan…lalu kita lalu tanpa memandang org tersebut? PERNAH???...
Bayangkan jika anda di tempat mereka? Mereka tidak BEGITU mengharap anda membeli bahkan mungkin menderma..tapi cukuplah sekadar melihat mereka…dan jangan anggap golongan yang bekerja seperti mereka sebagai halimunan… tidak mahu beli..tak mengapa, tidak mahu menderma tidak mengapa..tidak mahu risalah tidak mengapa…sekadar melihat mereka dan Senyum..atau mungkin ucapkan “TERIMA KASIH, Tidak mengapa saya tidak mahu”…Senang bukan? PAHALA pun diraih..

Bukan kah Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda dalam hadis riwayat bukhari
“BARANG SIAPA YANG BERTEMU DENGAN SAUDARANYA MAKA SENYUMLAH..”

Bagi anda bahkan mungkin saya sendiri… tidak merasa apa-apa..jika kita berbuat demikian..bagi mereka? Apa perasaan anda jika anda berada di tempat mereka? Mereka sekadar menjalankan tanggungjawab mereka untuk mencari sesuap nasi dengan cara yang halal…Tidak perlu lah kita menjadikan diri kita ini SEBAGAI SEORANG YANG SOMBONG di hadapan mereka…walaupun ada kalanya kita tidak pernah sedar..bahawa mereka pernah terasa dengan kita…kerana tindakan kita selama ini…AYUH BERUBAH ! DENGAN MENGUKIR SEBUAH SENYUMAN di hadapan mereka…Mudah bukan?.........  Akhir kata Maaf andai bicara saya terlanjur kata …


No comments:

Post a Comment

Leave yours comment if you want ask me anything :) thanks